Thursday 29 September 2011

Cerita 10 - Seadanya Aku Mencintai Kamu

Walaupun kamu tidak punya rupa yang kacak, aku tetap mencintai kamu.
Walaupun kamu bukan dari keluarga berada, aku tetap mencintai kamu.
Walaupun kamu kasar, aku tetap mencintai kamu.
Walaupun kadangkala kamu menjelekkan, aku tetap mencintai kamu.
Walaupun kamu tak romantis, aku tetap mencintai kamu.
Walaupun kamu sangat ego, aku tetap mencintai kamu.

Ketahuilah, aku mencintai kamu bukan kerana rupa, harta, pangkat atau apa-apapun.
AKU MENCINTAI KAMU KERANA KAMU ADALAH DIRI KAMU.
KAMU TIDAK HIPOKRIT.

Dan seadanya aku mencintai kamu.

Cerita 9 - Kehidupan Sekarang

Lama dah aku tak menulis. Seriously, mungkin aku terlalu sibuk dengan blog yang satu lagi.
Cerita 9 ini berkaitan dengan life aku sekarang.
Alhamdulillah. 5hb 9 2011 yang lepas, aku dah selamat melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana.
Dan bermula dari situlah, aku rasa banyak benda yang berubah dalam hidup aku.
Ya, tidak dinafikan ada kalanya aku teringat life aku sebagai seorang pensyarah di Kuantan dulu.
Tapi itu semua dulu. Aku kini merupakan seorang student sepenuh masa yang perlu berjuang untuk membuktikan segala pengorbanan itu berbaloi.
Ya Allah, kuatkan kakiku. Kuatkan hatiku. Aku ikhlas menimba ilmu ini.
Aku yakin satu hari nanti, aku akan berjaya mendapatkan sebuah pekerjaan yang lebih baik.
Ya Allah, aku yakin.. Kuatkan semangatku untuk ini..

Yang pasti, aku semakin gembira. Aku dekat dengan mereka yang aku sayang.
Aku boleh melihat Mama, Abah, adik-beradik, kawan-kawan baik dan cinta hati dengan lebih dekat.
Memang tak dinafikan aku banyak masa terluang memandangkan kelas tak banyak.
Tapi aku tetap gembira. Kawan-kawan baik sentiasa support aku. Parents aku, ya, aku tak sanggup menghampakan mereka dalam hal ini. Aku perlu mendapat sebuah keputusan cemerlang. Jika tidak, aku malu. Sungguh..

Si dia yang aku sayang.. Ya, dia sudah menampakkan ke arah itu. Tak sangka lepas raya rupanya hatinya dah mula terbuka untuk berumahtangga. Aku tak mampu mengucapkan apa-apa. Cuma aku rasa gembira yang tak mampu diluahkan. Cuma kami sudah sepakat untuk tidak berkahwin tahun depan. Sama-sama setuju. Kata dia yang aku sayang, tahun depan before raya dia akan membawa keluarganya untuk merisik aku. Ya Allah, runsing aku. Aku rasa takut pula. Gembira ada. Bersyukur ada.
Bersediakah aku? Aku mahu slim down, tapi nafsu makan semakin menjadi-jadi sejak pulang ke sini. Hati lebih bahagia, mungkin.. Malu lah nanti family dia datang melihat aku yang besar macam mak orang ni.. Aku perlu melakukan sesuatu. Tapi azam untuk kurus tak cukup kuat. Siapa yang boleh motivate aku? Diri sendiri! Ya.. Yang pasti, hubungan aku dan si dia baik-baik saja. Syukur.

Tentang study? Ya.. Makin susah. Tak macam zaman degree dulu. Expectation lecturer semakin tinggi. Dan aku perlu melakukan sesuatu. Rajin.. Berusaha.. Perlu! Aku akan lakukan yang terbaik. Ameen.

Jadi, sekarang bukan masa untuk main-main.. Berusaha dan terus berusaha! Untuk parents yang disayangi, untuk menjadi kebanggaan adik-beradik yang supportive, untuk menjadi kekuatan insan yang disayangi.. Dan untuk menjadi seorang pensyarah yang berjaya satu hari nanti.

Sekian untuk cerita 9.

Monday 1 August 2011

Cerita 8 - Minggu Lalu Sehingga Kini

Last week adalah minggu stressed, minggu keliru serta minggu penat otak dan badan.
Minggu lepas jugak, aku perasan Double H selalu call. Kerap dia call.
Yes, he has problems too with someone (bestfriend) and aku sebagai someone yang rapat dengan dia, aku nasihatkan dia apa yang patut. Kadang-kadang aku selamba je kutuk dia. Takpe kami dah biasa. Jangan anggap benda tu pelik ya.

Aku sangat rasa bersalah sebab sembunyikan sesuatu daripada dia. Tapi sebenarnya aku lega sebab last week, di saat aku stressed, keliru, even aku memang tak nak share dengan dia lagi pasal 'itu', tapi dia macam faham je. Dia kerap telefon. Tak macam selalu. Selalunya dia busy. Takpe lah, even dia nak share problems dia dengan aku pun, aku tetap rasa dia ada dekat dengan aku. Aku sangat rasa special bila aku adalah orang yang dia turn to bila dia sedih macam tu. Sebabnya, dia jarang share masalah dengan aku. Orang lelaki ni kan susah sikit. Plus, Double H ni seorang lelaki yang sangat ego. So, bila it comes to this kind of situation, I really appreciate that moment. 

Dan, aku kembali ke KL macam biasa, after office hour Jumaat tu. Esoknya, Sabtu bersamaan dengan 30 Julai 2011, kitorang keluar after 3 minggu lebih tak jumpa. Pergi Times Square and beli Iphone4 sama-sama. Yes, I really feel loved. Sebenarnya, dah lama aku rasa kitorang agak renggang. Mungkin faktor masing-masing busy, plus dia banyak komitmen dengan study lagi, memang aku tak nafikan kitorang jarang keluar. Kadang-kadang, tersentuh juga hati perempuan aku yang satu ini. :,(

Kitorang spent time together dalam 5 jam jugak la. Even masa banyak habis kat Digi Centre tu, tapi aku tetap rasa happy sangat. Dah lama dah aku tak rasa puas hati dengan date kami. Sebab, dia selalu rushing-rushing berkejar ke sana sini setiapkali kami keluar.
Paling tak boleh lupa, dia bawak aku makan kat tempat date kami zaman sama-sama belajar kat UIA dulu, Sate Pak Din. Rasa masih sama, cuma secucuk dah naik harga 10 sen.
Terharu dia nak bawak aku ke sana after dah dalam 10 kali aku bagitahu aku mengidam sate Pak Din. Terima kasih, my sayang. Aku tahu kau sayang aku sebenarnya. Cuma, kau tak nak tunjuk sangat.



Yes, dalam kereta masa kami on the way ke Times Square siang tu pun memang dia ada cakap before kahwin dia tak nak give everything to me. Dia kata, simpan lah banyak benda untuk kita kenang after kahwin nanti.. (This part aku memang terharu nak nangis)

After makan sate tadi, dia hantar aku balik. Dia kata esok petangnya dia boleh hantar aku ke Stesen bas Pekeliling. Aku sebenarnya tak mengharap pun cuma kalau dia nak hantar, boleh je. Suka je.

Dan, kenangan manis kami pada Sabtu 30 Julai 2011 berakhir di situ..

Ahad, 31 Julai 2011, dia called tengahari tu, bagitahu rasanya macam tak sempat nak hantar aku balik sebab dia nak kena settle hal roadtax and everything. But it's okay sebab aku pun faham la kan dia sibuk. Nasib baik my bff, Inn sanggup tolong hantar memandangkan mama dengan abah pun takde kat rumah. Thanks, Inn. Sanggup park kereta jauh sebab nak hantar aku ke tempat bas. Sungguh terharu. Rasa sangat disayangi oleh Double H dan Inn di saat aku sebenarnya dilanda macam-macam emosi yang kurang menarik sepanjang minggu lepas. Bila ada insan yang datang pada waktunya, hati sungguh tersentuh dan rasa sangat disayangi dan dihargai kewujudanku dalam hidup mereka.

Inn, thanks for being one of my best friends. I love you. Aku sayang kau dunia akhirat. Dah lama kita berkawan. Dari tahun 1996 lagi. Sobss. :,(

Double H, I want to tell you this, 
I really love you. Thanks for your existence in my life.
I really appreciate that.
I did take you for granted once upon a time, and now I have fallen for you so hard. :,(
Don't blame me for loving you too much. It's my heart who can't stop that.

Ok, berakhir cerita untuk minggu lepas.

Minggu ni?
1. Hal kelas overload dengan students dah setted. Thanks to someone.
2. First time puasa, teruk gila sebab tidur terus after isyak tu. Hari ni bangun lambat.
3. Tolong kejut Double H bangun sahur. Yes, dia angkat phone. Buat surprise je sebenarnya.
4. SMS dia bagi pagi ni, "Take care, sayang." "I love you too."

Tiba-tiba rasa nak terbang.

Ok, bye! Tunggu for my next update. Cerita 9 ye!

Wednesday 27 July 2011

Cerita 7 - Hati Berkata..

1. Apa yang perlu aku buat? Aku betul-betul serabut. Ya Allah, show me the way.
2. Hafiz, saya rindu awak sangat. Bila awak nak jadi seseorang yang sah buat saya? Saya takut kehilangan awak.
3. Mama, Abah - Tolong fahami apa yang Ayong nampak dalam jangka masa panjang. Please...
4. Mereka - I feel like running away from you, so that I will feel much better.
5. BFF - Thanks for always being here with me, even jauh, kalian tak pernah jemu berkongsi suka duka hidup, mendengar masalah, berkongsi dan segalanya. :,(
6. Saya perlukan ruang.. Tolong jangan push saya, wahai masa.. Ah, bodohnya aku.

Monday 25 July 2011

Cerita 6 - Lepas Ni..

Lepas ni.......

Aku dah tak excited nak tunggu 25hb datang setiap bulan.
Aku dah tak dapat pergi kerja pada pukul 7.50 pagi di mana waktu kerja masuk pukul 8 pagi.
Aku dah tak dapat breakfast dengan kawan-kawan sekerja kat Kedai Pak Jit, Kedai Mak Teh, Restoran Zaman and etc.
Aku dah tak dapat bergurau dengan kawan-kawan serumah, Imm dan Shaz macam selalu.
Aku dah tak dapat lunch atau curi-curi keluar untuk beli makanan kat Kedai Kak Dah dan Dewan Mat Kilau.
Aku dah tak dapat pergi Maybank dan ASB selalu.
Aku dah tak dapat merasa naik bas ulang-alik dari Kuantan-KL-Kuantan setiap hari Jumaat dan Ahad.
Aku dah tak dapat pergi usrah kat Masjid Kipsas setiap petang Isnin.
Aku dah tak dapat menunggu bas di Hentian Bas Makmur dan Pekeliling.
Aku dah tak dapat drive ke Tanjung Lumpur dan lepak-lepak dengan kawan kat Restoran Santai.
Aku dah tak dapat lepak-lepak kat Kafe Kipsas dengan kawan-kawan sekerja atau makan bertemankan students yang kesian tengok aku makan sorang.
Aku dah tak dapat balik kerja pukul 5.
Aku dah tak dapat lagi memori susah nak buka dan kunci pintu office dari luar.
Aku dah tak dapat rasa bosan menanti jam ke pukul 5 sambil mengadap laptop.
Aku dah tak dapat pergi buat promosi dengan kawan-kawan sekerja Kipsas sambil mengarut nyanyi-nyanyi dalam van sambil pakcik driver van tu nyanyi sekali.
Aku dah tak dapat ajak students keluar malam-malam tengok wayang atau makan.
Aku dah tak dapat tengok students present dengan kelakar. "Guardian or Watson? " "Watson.."
Aku dah tak dapat tengok Masjid Kipsas selalu dalam perjalanan balik kerja.
Aku dah tak dapat nak jalan-jalan ke Teluk Chempedak malam-malam, pergi East Coast Mall, atau jalan-jalan ke MegaMall usha-usha perfumes.
Aku dah tak dapat tempat tempah jahit yang murah, semurah RM20 sepasang.
Aku dah tak dapat lepak rumah kawan-kawan warden.
Aku dah tak dapat tinggal kereta kat Kipsas setiapkali balik ke KL pada hujung minggu.
Aku dah tak dapat pergi kelas UITM malam-malam, lepas tu balik terus beli burger.
Aku dah tak dapat bersama-sama students jayakan English Week.
Aku dah tak dapat work together dengan team aku time Konvokesyen Kipsas kat Dewan Jubli Perak.

Yang pasti, banyak lagi yang akan aku tinggalkan jauh..
Aku takkan dapat lagi kehidupan aku di Kuantan selama setahun ni..
Setahun yang sangat manis. Ada juga yang pahit.
Tapi semuanya amat bermakna bagiku.

I'm gonna miss Kuantan because my life will be totally different after this.

Cerita 5 - My Love

Rindukah aku?
Kepada Encik Apiz gemuk, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak sebab:

1. Tahan dengan perempuan yang emo ni.
2. Sentiasa membebel untuk saya. (Awak selalu cakap saya kuat membebel tapi sebenarnya awak yang kuat membebel, sedar tak?) Kalau tak, one day saya akan prove yang awak sebenarnya yang kuat membebel.
3. Jarang bagi barang kat saya tapi sekali bagi, memang akan ingat sampai bila-bila.
4. Sayang saya macam ni. (Walau tak banyak pun, saya tetap bersyukur.)
5. Risaukan saya kalau saya dalam kesusahan.. (Awak tak tunjuk sangat tapi saya dapat baca.)
6. Bagi support kat saya tanpa penat.
7. Text saya, email saya, walau kadang-kadang saya kecewa bila check email hotmail saya, inbox saya zero.
8. Share masalah dengan saya. Saya rasa dihargai. Sekurang-kurangnya awak percayakan saya. Ya, saya memang boleh dipercayai pun!
9. Selalu kritik saya dengan ikhlas.
10. Jadi kawan gaduh, baik, gaduh, baik, merajuk, jauh hati, baik semula, gaduh sampai pagi, baik semula.. Ya, terima kasih sebab tak give up walaupun kadang-kadang saya yang penat cari pasal sebab nak perhatian yang mahal dari awak.
11. UNTUK SEGALANYA.. KASIH SAYANG, RINDU and apa-apa je la.. 

SAYA SAYANG AWAK, Hafiz. 
Sorry, kalau terlalu sayangkan awak.

Bye!

Cerita 4 - Nota 24 Julai 2010


Setahun yang lalu, ini yang ditulis dia.. 
Hari ini, aku masih dengan hati yang sama.
Tapi versi hati aku kali ini sedikit kental.
Mengapakah?